KEHARUSAN MENCINTAI AHLUL BAIT BUKAN SAJA ANJURAN RASULULLAH TAPI LANGSUNG PERINTAH ALLAH SWT

oleh: Kang Oos Supyadin, Pemerhati Kesejarahan & Budaya

Sebagai Muslim kita harus menghormati sekaligus mencintai keluarga dan keturunan Rasulullah ﷺ yang disebut Ahlul Bait. Rasulullah memang mengimbau agar umatnya menghormati dan mencintaimu keluarga dan keturunannya.

Namun apabila di antara mereka ada yang menyimpang atau berperilaku salah, hendaklah ada yang menasihatinya, bukan malah ikut mencemoohkan atau mempermalukannya apalagi malah ikut memperolok dan menghinakannya.

Imbauan seperti itu sebagaimana dikemukakan oleh salah seorang ulama sekaligus habib yang merupakan dzurriah Rasulullah ﷺ asal Tarim Hadramaut Yaman, yakni Allamah Sayyid Abdullah bin Alawi Al-Haddad (1634-1720 M) dalam kitabnya berjudul Al-Fushul al-‘Ilmiyyah wal Ushul al-Hikamiyyah, (Dar Al-Hawi, Cet. II, 1998, hal. 89) sebagai berikut: لأهل بيت رسول الله صلى الله عليه وسلم شرف، ولرسول الله صلى اللهعليه وسلم بهم مزيد عناية وقد أكثر على أمته من الوصيّة بهم والحث على حبّهم ومودتهم. وبذالك أمرالله تعالى في كتابه في قوله تعالى: “قل لا أسألكم عليه أجرا إلا المودة في القربى” .(الشورى، ٢٣) ـ

Artinya: “Ahlul Bait memiliki kemuliaan tersendiri, dan Rasulullah telah menunjukkan perhatiannya yang besar kepada mereka.

Beliau berulang-ulang berwasiat dan mengimbau agar umatnya mencintai dan menyayangi mereka. Dengan itu pula Allah subhanahu wataála telah memerintahkan di dalam Al-Qur’an dengan firman-Nya: “Katakanlah wahai Muhammad, tiada aku minta suatu balasan melainkan kecintan kalian pada kerabatku.” (QS 42:23).

Dari kutipan di atas dapat ditegaskan bahwa kaum Muslimin memang harus menghormati dan mencintai Ahlul Bait bukan saja karena kekerabatan mereka dengan Rasulullah ﷺ, tetapi juga karena Allah telah memerintahkan kepada beliau untuk berseru kepada umatnya agar mencintai kerabat beliau.

Dengan kata lain perintah untuk mencintai Ahlul Bait merupakan perintah dari Allah subhanahu wataála.

Biografi Sayyid Abdullah bin Alawi Al-HaddadBeliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani.

Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad tanggal 5 bulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan tanggal 30 bulan Juli tahun 1634 Masehi dan wafat pada tanggal 10 September 1720 Masehi.

Baca Juga  Rakyat Memonitor : CARUT MARUT KPU JABAR

Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah).

Berasaskan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakeen serta hakkul-yakeen).

Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan memuntut ilmu. Al-Habib pernah berkata “ketika aku masih kecil, aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk beribadat dan melaksanakan pelbagai mujahadah yang lainnya, sehingga ditegur oleh nindaku yang solehah bernama Salma binti Said Al-Wali Omar Ba’Alawi, supaya menjaga diriku.

Dia sering berkata demikian jika dikira ibadat serta mujahadah yang aku usahakan dianggap terlalu kuat dan banyak. Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak permulaan perjalanan ini semata-mata memelihara hati kedua ibubapaku yang amat prihatin terhadap keadaanku”.

Walaupun Al-Habib (radhiAllahu ‘anhu) sering keluar ke kawasan sekitarnya dan perkampungan di sekeliling Tarim, beliau berkata “aku lebih seronok bersendirian demi kerana Allah kerana alangkah ne’matnya kelazatan (al-uns) bersama dengan Allah”.

Pada permulaan perjalanan hidup Al-Habib, beliau sentiasa menyusuri negerinya untuk bertemu para solihin, menziarahi pusara para ulama’ dan auliya’.

Pada masa beliau berada di perkampungannya, beliau sering duduk di sudut ‘Masjid Al-Hijriah’ dan pada waktu malamnya sering bersolat bergiliran di setiap masjid dalam kota Tarim. Sesungguhnya inilah yang membuka hati beliau semenjak kecil lagi.

Baca Juga  Ngagugat Hari JADI Garut

Al-Habib sering membaca Surah Yaasin yang mempengaruhi jiwanya dan menyebabkan beliau menitiskan air mata yang begitu banyak. Keadaan demikian sering mengakibatkan ketidakmampuannya membaca surah yang mulia ini.

Inilah yang mendorong Sayyed Abdullah Bilfagih menjelaskan tentang Al-Habib dengan katanya “Disinilah futuh (pembukaan) bagi Al-Habib”.Ia mendapatkan gelar Syaikh al-Islam, Quthb ad-Da’wah wa al-Irsyad dan dikenal sebagai Pembaharu Tarekat Alawiyyah.

Guru-gurunyaSayyid Abdullah bin Alawi al-Haddad memiliki 140 guru, di antaranya adalah:

1. Abdullah bin Syaikh Maula ‘Aidid

2. Umar bin Abdurrahman al-‘Aththas

3. Abdullah bin Ahmad Bilfaqih

4. Aqil bin Abdurrahman as-Saqaf

5. Sahl bin Ahmad Bahasan al-Hudaili Ba’alawi

6. Muhammad bin Alawi as-Saqaf, Ulama Mekah.

Murid-muridnya

1. Ahmad bin Zein al-Habsyi

2. Muhammad bin Zein bin Sumaith

3. Umar bin Zein bin Sumaith

4. Umar bin Abdurrahman al-Bar

5. Abdurrahman bin Abdullah Bilfaqih

6. Muhammad bin Umar bin Thaha ash-Shafi As-Saggaff

7. Ali bin Abdullah As-Saggaff

Karya-karyanya

1. An-Nasha`ih ad-Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyyah

2. Ad-Da’wah at-Tammah wa at-Tadzkirah al-‘Ammah

3. Risalah al-Mu’awanah wa al-Muzhaharah wa al-Mu`azarah li ar-Raghibina min al-Mu`minin fi Suluki Thariqi al-Akhirah

4. Risalah al-Mudzakarah ma`ah al-Ikhwan al-Muhibbin min Ahli al-Khairi wa ad-Din

5. Risalah Adab Suluki al-Murid

6. Itfah as-Sa`il bijawabi al-Masa`il

7. Sabil al-Adzkar bima Yamur bi al-Insan wa Yunqadhi lahu min `umrihi

8. Al-Fushul al-‘Amaliyyah wa al-Ushul al-Hukmiyyah

9. An-Nafais al-Alawiyyah fi al-Masa`il ash-Shufiyyah

10. Kitab al-Hikam

11. Ad-Dur al-Manzhum lidzawi al-‘Uqul wa al-Fuhum, kumpulan syair

12. Kumpulan perkataannya

13. Kumpulan surat-suratnya

14. Wasilatu al-‘Ibad ila Zadi al-Ma’ad, kumpulan wirid dan zikirTerbiasa Berziarah MakamAl Imam Sayyid Abdullah bin Alawi al.

Haddad sering menziarahi Nabi Allah Hud, selawat dan salam keatasnya dan Nabi kita; dimana makam Nabi Hud terletak di Wadi Hadramaut.

Sebanyak tiga puluh kali Al-Imam telah menziarahinya, kesemuanya pada bulan Sya’ban. Al-Imam telah pergi berjalan kaki bersama-sama sanak saudaranya, kaya dan miskin.

Baca Juga  Garut, Belajarlah Dari Kuningan

Kebiasaannya Al-Imam berada dimaqam itu selalunya di waktu maghrib dari 12 haribulan hingga 15 haribulan Sya’ban.

Dalam perjalanan ke sana, Al-Imam sering singgah di Ainat untuk menziarah As Syeikh Al-Kabir Abu Bakar bin Salim dan As-Syeikh Ahmad bin Al-Faqih Al-Muqaddam.

Al-Imam juga menziarah maqam Basyar selepas solat Asar setiap hari Jumaat dan hari Selasa. Al-Imam menjelaskan: “pada mulanya, kebiasaan kami menziarahi Basyar ialah pada setiap hari Jumaat, tetapi setelah diantara sahabat kami bertemu Al-Faqih Al-Muqaddam dalam mimpinya dimana dia berkata: katakan kepada Al-Sayyed Abdullah Al-Haddad: “Ziarah Basyar pada hari Jumaat sahaja tidak memadai”; maka berdasarkan itu kami menziarahi juga Basyar pada hari Selasa juga”.

Sebenarnya sebelum Allah menzahirkan kemuliaannya dan orang ramai berpusu-pusu kepadanya, memanglah Al-Habib menziarahi Basyar setiap hari Selasa.

Silsilah Nasabnya Silsilah lengkapnya adalah Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad bin Abu Bakar Al Thowil bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad Al-Faqih bin Abdurrohman bin Alwi bin Muhammad Shôhib Mirbath bin Ali Khôli’ Qosam bin Alwi bin Muhammad Shôhib Shouma’ah bin Alwi bin Ubaidillah bin Al-Muhâjir Ilallôh Ahmad bin Isa bin Muhammad An-Naqîb bin Ali Al-Uraidhi bin Imam Jakfar Ash-Shodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Tholib, khalifah keempat dan suami Fatimah binti Muhammad SAW.

Semoga Allah merahmati Al-Imam dan menempatkan beliau di Syurga, dan dihimpunkan kita bersamanya dengan berkat Saiyidina Muhammad S.A.W., keluarganya dan sahabatnya serta selawat keatas Nabi Muhammad yang mulia serta keluarga dan sahabatnya. Semoga tulisan singkat ini bermanfaat

Salam Berkah Ramadhan

Tinggalkan Balasan